Pages

Oct 5, 2011

Posting pertama untuk blog yang ke 3

Hai..Shalom dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini..hehe..jangan hairan jika anda melihat blog ini kosong seperti rumah usang ye..Sebenarnya blog Yoku Tanak Kampung ini telah di "create" pada awal januari 2011.Namun kerana kesibukan penulis maka blog ini langsung tidak berganjak dari wajah 'baby'nya..belum sempat 'membesar' sudah ditinggalkan.

Untuk pengetahuan anda, ini merupakan blog ke 3 penulis. Sebelum ini penulis mempunyai 2 blog lain dan aktif menulis apa sahaja yang tersurat melalui buah fikiran. Pada waktu itu penulis masih menuntut di IPTA maka ruang untuk menulis boleh dikatakan sangat luas. Namun ia tidak berkekalan setelah penulis tamat pengajian. Hal ini disebabkan oleh kesibukan penulis disamping tiada lagi kemudahan akses internet pada waktu itu.. Sewaktu di IPTA , internet semuanya percuma dan boleh diakses pada bila-bila sahaja 24jam.

Dan kini, setelah lebih setahun meninggalkan ruang coretan blog, penulis mula kembali bergiat semula dalam seni penulisan blog tetapi malangnya..huuu..sangat malang apabila penulis tidak lagi mengingati password kedua-dua blog tersebut. Penulis mencuba "recovery" password tersebut namun gagal kerana nombor telefon penulis juga sudah berubah kini..malangg den..Blog tersebut kini hanya boleh di"views" tapi tidak boleh "sign in".uhuu..

Kedua-dua blog tersebut berusia 3 dan 4 tahun. Blog tersebut mempunyai banyak kenangan kerana segala perjalanan hidup penulis ditulis sepanjang pengajian 4 tahun di UPM. Namun blog tersebut boleh dianggap tidak popular kerana penulis tidak mempunyai ramai 'follower'. Mungkin juga disebabkan penulis tidak mem'publish'kan setiap post blog tersebut ke dalam laman sosial seperti Friendster pada waktu itu serta Facebook. Setiap post dianggap seperti diari peribadi dan hanya penulis dan beberapa follower sahaja yang mengetahui perkembangan blog tersebut.

Maka, secara kesimpulannya..hee..inilah sebabnya mengapa lahirnya blog ke3 Yoku Tanak Kampung ini dan dengan harapan penulis tidak akan lupa kata laluan lagi selepas ini..hee.. Blog Yoku Tanak Kampung atau dalam Bahasa Melayu "Aku Anak Kampung" berkonsepkan kontemporari dan tidak berpaksikan pada "genre" tertentu.

Terima Kasih dan jumpa lagi..babai..

0 comments: