Pages

Oct 28, 2011

Tambang pengangkutan di Bandaraya Kota Kinabalu CEKIK DARAH

     Teksi atau Bus !! Hanya itu yang bermain dalam fikiran saya sebaik berada di sekitar bandaraya Kota Kinabalu. Ini kerana tambang yang dikenakan terlalu tinggi berbanding di luar bandar di Sabah. Tambang teksi yang dikenakan juga antara yang tinggi berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung yang saya pernah lawati.

     Jika menggunakan perkhidmatan bas mungkin murah,hanya RM1 untuk destinasi yang sama tetapi lambat.sangat lambat sehingga terpaksa menunggu lebih 30minit. Jika menggunakan teksi masa perjalanan dapat dipendekkan namun untuk menggunakan perkhidmatan anda juga tentu akan berfikir lebih dua kali dengan kadar tambang yang melampau2.

     Suatu hari saya mengambil teksi dari LCCT terminal 2 ke perhentian bas Tenom. Jaraknya dapat dianggarkan sekitar 3-5 kilometer kerana masa yang diambil cuma 10 minit sahaja dalam keadaan yang sesak. Ketika membeli tiket kupon di kaunter perkhidmatan tersebut, saya sangat terkejut kerana harga tiket tersebut adalah RM30. mungkin jumlah yang kecil bagi anda, namun bagi saya ia sesuatu kadar tambang yang melampau. Saya berfikiran sedemikian kerana sepanjang berada di semenanjung, saya tidak pernah membayar lebih daripada jumlah tersebut meski perjalanan melebihi 30minit. Saya terfikir, jika teksi2 di Sabah ini menggunakan meter, saya yakin tambang hanya sekitar RM5-10 sahaja untuk jarak 5KM!!

     Saya juga pernah menaiki teksi dari Terminal wawasan menuju ke Suria Sabah. Bagi anda yang tahu tempat tersebut, anda mesti tahu berapa jarak antara dua tempat tersebut. Hanya sekitar 1KM atau kurang!! Tapi harga tambang yang diminta adalah RM12!!..Cekik Darah!!

     Kembali ke LCCT td, Mahu dijadikan cerita, ketika dalam perjalanan, saya sengaja membuka cerita dan bertanya kepada pemandu teksi tersebut mengapa kadar tambang yang disediakan begitu tinggi. Pemandu yang memperkenalkan diri sebagai Andi memberitahu bahawa beliau juga tidak tahu tetapi menurut beliau, perkhidmatan teksi di LCCT kota kinabalu dimiliki atau dipengerusikan oleh seorang menteri yang bergelar Datuk yang berada dalam kabinet negeri Sabah. Begitu rupanya, patutlah begitu mahal, dalam hati saya. Jika di buatkan perbandingan, saya pernah menaiki teksi dari Kuala Lumpur ke Serdang Selangor dalam masa lebih kurang 45minit. Mungkin jarak tersebut tidak begitu jauh namun keadaan hujan dan kesesakan jalan raya yang berlaku menyebabkan perjalanan melebihi 40minit. Tambang yang diminta cuma Rm18 sahaja. Teksi tersebut menggunakan meter.

     Saya berkata kepada Andi," mungkin lebih baik semua teksi di Kota Kinabalu ni menggunakan meter kan". Sebab harga tambang ni jelas tidak relevan",Andi hanya mengangguk, tetapi saya tidak tahu samada beliau setuju atau tidak. Kemudian saya berkata lagi kepada beliau bahawa saya akan cuba membuat laporan mengenai kadar tambang tersebut kepada pihak pengangkutan jalan raya..Sehari kemudian saya membuat laporan tersebut melalui email jabatan tersebut. Namun sehingga kini tidak pernah di layan!HUhh..








1 comments:

MrsFiRaiDa @KeDaiKiTa 2u (00253283-M) said...

bila memikirkan kadar teksi yg melampau mengganggu sedikit perbelanjaan percutian bajet kerana tambang yg begitu mahal.. Kereta sewa yg tidak berdaftar lagi murah