Pages

Nov 29, 2011

Panggilan telefon dari si PENIPU

     Selamat sejahtera, hari ini, saya ingin berkongsi kepada anda semua mengenai cubaan menipu melalui panggilan telefon. Mungkin anda pernah menerima panggilan daripada seseorang yang anda tidak kenali, meskipun tidak dikenali, ada daripada panggilan tersebut yang betul sedang mencari anda, dan tidak kurang juga yang berniat untuk menipu.

     Bagi yang benar-benar ingin menghubungi anda, mereka akan memberitahu nama syarikat mereka, dari mana mereka mendapat maklumat anda dan cara mereka bercakap juga tidak mencurigakan seperti tidak tersekat-sekat atau gemuruh. Berbeza dengan panggilan telefon daripada seseorang yang berniat menipu, mereka seperti 'tergesa-gesa' dan terketar-ketar.

     Namun anda jangan percaya 100% dahulu dengan kenyataan diatas. Kerana kini, penipu atau scammer semakin bijak dan kepintaran mereka hampir mengatasi konsultan bank atau sebagainya.

     Sebagai pengalaman, baru-baru ini seorang wanita telah membuat panggilan masuk ke nombor telefon saya. Beliau mendakwa dirinya adalah seorang konsultan Cimb Bank. Beliau memberitahu bahawa saya adalah salah seorang pelanggan bank mereka yang bertuah kerena menerima panggilan daripada pihak mereka. Wanita tersebut menjelaskan bahawa mereka sedang menjalankan promosi berkenaan dengan Insurans takaful. Jumlah bayaran penyertaan dalam tempoh promosi kononnya adalah serendah RM11.50 sebulan dan  jumlah tersebut adalah tetap.. Tambah beliau lagi, pihak mereka akan memberi pampasan sehingga RM200K- RM400K sekiranya berlaku kemalangan kepada pembeli insurans tersebut. Daripada cara dan intonasi wanita itu berbicara, seolah-olah beliau sudah biasa dengan pekerjaan tersebut, malah boleh meyakinkan sesiapa sahaja yang tidak berfikir panjang atau kelabu mata.

     Beliau mengulangi sehingga 3 kali untuk menjelaskan kepada saya tentang "promosi" mereka itu. Saya sedar seperti ada unsur "paksaan lembut" daripada wanita tersebut. Saya menyedari bahawa itu kemungkinan cubaan beliau "memancing" saya. Saya berpura-pura berminat dan bertanya apakah jenis-jenis kemalangan yang mereka boleh 'cover' melalui pakej tersebut. Wanita itu mengatakan bahawa semua jenis kemalangan  akan diberi pampasan termasuk sekiranya jari anda tersepit pintu!!.Waa bagus nih..

     Beliau sekali lagi bertanya, " Encik berminat ke, kalau berminat kita boleh proceed terus kepada pra pendaftaran, pihak kami akan menghantar surat kepada encik untuk tandatangan encik sebagai persetujuan,"
Saya kata "ya, okey". Beliau terus meminta alamat rumah saya, saya memberikan alamat palsu yang saya sendiri tidak tahu tempatnya. Saya kini semakin menyedari bahawa panggilan tersebut merupakan cubaan menipu kerana saya pernah diingatkan oleh Cimb Bank yang sebenar bahawa mereka tidak akan melakukan apa-apa aktiviti yang memerlukan pendaftaran termasuk promosi melalui talian, email ataupun panggilan telefon.

     Selesai memberikan alamat palsu, wanita tersebut meminta pula nombor kad pengenalan, dan saya beri. Juga palsu. Saya melayan karenah wanita tersebut meski saya suda menyedari tujuan mereka kerana saya ingin mengetahui apakah lagi yang akan mereka minta daripada mangsa mereka. Terakhir sekali, beliau mengatakan bahawa pra pendaftaran hampir selesai, tinggal satu perkara lagi iaitu nombor yang tertera pada belakang kad debit.. Beliau meminta saya melihat dan membacakan nombor yang tertera pada kad debit cimb saya. Saya cuma menyebut nombor-nombor secara random..."Encik, Nombor kad Cimb bukan mesti bermula daripada 5108 ke," Saya kata.." Owhh..silap laa..", "Okey encik, sila ulang sekali lagi ye" ..Saya kata okey dan kemudian saya terus matikan panggilan tersebut. Waktu itu jam menunjukkan 4.01PM. Wanita itu mengulangi panggilan sehingga 3 kali, namun saya tidak angkat panggilan tersebut. Biarkan sahaja,.

           Pada jam 9 malam, wanita tersebut cuba membuat panggilan lagi, Saya hairan kerana pada waktu itu bukan office hour lagi. Beliau membuat 2 panggilan, tetapi saya tetap tidak menjawabnya, Kemudian beliau membuat panggilan yang ke 3. Saya menjawab dan sekali lagi beliau berkata bahawa pra pendaftaran hampir selesai. Saya menjawab, " Tak apalah cik, saya kurang faham, saya betul2 berminat tetapi biarlah esok sahaja saya akan pergi pejabat Cimb blakang rumah tu." ." Eh2..tapi encik, promosi kami ini hanya dilakukan melalui panggilan telefon dan hanya mereka yang layak sahaja akan dihubungi, kalau encik pergi ke pejabat Cimb mungkin mereka tak tahu kerana ini adalah bahagian kami,".

     Akhirnya, kerana sudah bosan dan puas "mempermainkan" beliau, saya kata " Cik, sudah2 lah menipu tu, saya tahu kalau awak menipu kerana saya adalah pegawai bank Cimb!!"..belum sempat saya ingin menghabiskan bicara, wanita tersebut terus meletakkan telefon.Ketara kantoi..
Saya berasa puas kerana berjaya mempermainkan panggilan wanita itu, agak lama juga lah kami bercakap, mungkin juga bil telefon dia sudah melambung tinggi gara-gara saya. Tapi saya peduli apa orang sebegini..Suara lembut, perempuan pula tu, tapi penipu!! nampak buruk betul..hina lagi ada..


0 comments: