Pages

Dec 10, 2011

Kenangan ketika berada di Jempol, Negeri Sembilan

     5 bulan telah berlalu, namun sepertinya baru saja semalam meninggalkan SMK Lui Barat, Jempol Negeri Sembilan. Kalau cakap pasal pengalaman ketika di sana, memang banyak lah.kalau mau cerita satu-satu memang nda abis punya.

     Banyak yang mencuit hati, bila dikenang kembali seolah-olah saya masih berada dalam suasana tersebut. Berada di sebuah felda yang agak jauh dari kawasan bandar tidak ada masalah bagi saya. Mungkin kerana saya juga berasal dari kampung. Keadaan di kawasan felda tersebut tidak jauh beza dengan berada di kampung sendiri.

3 bulan berada di Jempol, saya sempat melawat beberapa tempat menarik di sekitar Jempol, termasuk  Air Terjun Serting Ulu, mendaki Gunung Angsi, Teratak Za'Ba , Tugu peringatan Zaman Perang  Dunia Kedua yang terletak di Sungai Lui kalau tidak silap saya. Banyak lagi tempat lain yang menarik di sekitar tempat ini.

Gambar di sebelah diambil ketika saya dan rakan serumah berehat sebentar di Tangga Batu, Gunung Angsi, Negeri Sembilan. Dari kiri adalah saya, Zulkefli, Ismail, Sobri, Asraf dan Mohd Amri. Jamal, Ayub dan Hanafi tidak join kami pada waktu ini kerana ada hal masing2..


Manakala gambar di sebelah kanan adalah gambar ketika kami berada di puncak Gunung Angsi, Secara kebetulan kami terserempak dengan beberapa orang yang turut memakai baju warna merah, diajak bergambar sekali.




Inilah rumah sewa kami yang terletak di Feldajaya, Bandar Baru Serting. Rock sikit, biasalah bujang. Ada kereta Fadhli di situ yang datang berhujung minggu di rumah sewa kami.

  


   

Di sinilah saya tinggal bersama 8 orang lagi yang lain, Mohd Ismail Saleh, Asraf Arif, Zulkefli, Ramli Ayub Atan, Mohd Sobri Saidin, Mohd Amri, Mohd Hanafi, dan Mohd Jamal Yakoob,.haa..rasanya tiada yang tertinggal.

      Walaupun 9 orang tinggal dalam satu rumah, namun suasana tetap tenteram dan aman, sesekali ada laa sikit bunyi2 melalak si Sobri tu..Dalam rumah ni sebenarnya tidak pernah sunyi, ada saja yang membuat suasana 'haru biru' terutama jika Asraf mula 'bertekak' dengan Sobri partnernya di SMK Hilir Kompleks. Ayub dengan sikap tunggu dan lihatnya, Ismail merangkap ketua keluarga kami..heee..soalnya dalam urusan dalam dapur kebanyakannya dibuat oleh Ismail sambil dibantu Zulkefli, Sobri dan Ayub. Hanafi pula selalu keluar malam, entah poih mano..isi minyak moto agaknya..Jamal pula seperti Lawyer, keluar jaa pasti smartt.Amri dengan sifat sempoinya, saya masih ingat ketika menghantar beliau ke Bahau menaiki motorsikal Asraf, waktu itu beliau mahu balik kampung di Kelantan. Selamba beruk beliau membawa beg besar padahal cuma naik motorsikal. Daa macam benggali penjual kain. Ayub tukang masak, kalau beliau masak, mesti akan ada telur goreng, cili. Sobri pula tak boleh makan kalau tiada kicapp..macam2.. Asraf pula pakar memasak kerang rebus..hehee..tapi tak pernah masak lomak chili padi..Ismail dan Sobri adalah pemandu tetap namun tak bergaji kami..

     Suasana memang meriah setiap malam,tidak sah kalau tidak riuh, walaupun malam itu kena siap kan lessonplan , acara bermain kad terup tidak pernah tinggal. Bermula dengan satu game, menjadi dua, seterusnya 5, dan akhirnya semua kembali ke bilik masing2 buat RP pada pukul 11 malam. Hampir setiap malam riuh dalam rumah kecuali jika ahli tak cukup tatkala Asraf balik ke rumahnya di Pasoh, Zulkefli balik ke Felda Kratong. Hanafi yang setiap hujung minggu balik ke UPM..Jamal dengan aktivitinya, maka tinggal lah beberapa orang yang tak tahu untuk ke mana2..

  Jika di kenang kembali seolah-olah baru semalam meninggalkan tempat ini. Terlalu banyak kenangan yang diperolehi di tempat ini. Saya harap suatu hari nanti saya boleh kembali ke sini ,sekurang-kurangnya melawat tempat yang menarik di Jempol, paling tidak pun melawat rumah Asraf di Pasoh 2. Masih terlalu banyak yang tidak dinyatakan disini, namun jika berkesempatan pasti akan dicoretkan juga..

Selamat....

3 comments:

PUTERI ARE-IN said...

wahhhh...rindunye kat kete yg tengah tu...huhu

PUTERI ARE-IN said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

ha ha ha....