Pages

Oct 26, 2011

Penipu Besar di Mudah.my

Mendengar tentang Mudah.my rasanya semua tahu bahawa laman tersebut merupakan laman terbesar di Malaysia untuk jual beli barang secara online. Terdapat macam-macam barang untuk dijual dalam laman tersebut, daripada yang kecil berharga RM1 hingga la yang bernilai jutaan ringgit. 
Sesiapa sahaja pasti tertarik sekiranya terdapat barang yang bernilai RM2000 contohnya, dijual dengan harga serendah RM500. Namun anda perlu berhati-hati sekiranya berurusan dengan orang yang tidak dikenali.

Hendak dijadikan cerita, saya yang baru membeli kamera jenis DSLR ingin membeli lens baru untuk DSlr saya ni. Kamera saya standard saja, jenis Nikon D5000 namun kerana kegilaan menggunakan dslr ni saya perlu mencari lens baru yang lebih power dari yang standard iaitu 18-55mm..Puas mencari di seluruh Bandaraya Kota Kinabalu namun semuanya mahal2 belaka..lebih mahal dari sebiji Body DSLR ni. Saya tertarik dengan Lens bersaiz 30-300mm, memang power tapi harganya juga power, atas RM1000..walhal bajet saya pada masa itu cuma sekitar RM500.

Maka saya mencari alternatif lain untuk memiliki lens jenis Tamron 30-300mm ni. Saya usha mudah.my dan dengan beberapa klik sahaja mata saya terus tertumpu pada satu barang yang dijual disitu. Wahhh..Murah gila!!!..Lens Autofocus jenis Sigma 30-300mm dijual dengan harga RM300!!!! biar betul!!! Dalam hati saya terus berdegup kencang, mana tidaknya harga sebenar lens jenis itu adalah RM1000 lebih.  Perasaan gembira dalam hati terpancar di wajah, terus terbayang sedang memiliki dan menggunakan lens ini. Tanpa berlengah saya terus mengambil nombor telefon penjual, bernama Abot.
Saya cuba menghubungi beliau namun talian saya tidak dapat disambungkan. Saya menghantar SMS bertanyakan samaada lens itu masih available atau tidak.namun tiada balasan. Keesokkan harinya mesej saya dibalas dengan, "Ada Lagi". Perasaan gembira makin menjadi2 dalam hati. Namun abot hanya mahu sekiranya urusan dilakukan secara COD. Bagaimana nak buat COD sedangkan saya berada di Sabah dan beliau di Perak.. Bincang punya bincang, Abot setuju menggunakan kurier pos laju. Saya meminta details peribadi beliau, alamat beliau, nombor IC, akaun facebook dan sebagainya. Saya meminta ini semua sebagai langkah berhati2 untuk mengelakkan penipuan.Saya juga memberikan details saya kepada beliau dan memberi jaminan kepada beliau bahawa beliau sedang berurusan dengan orang yang betul dan bukan scammer.Beliau meminta saya membuat pembayaran melalui akaun CIMB tunangnya, Nurhazwani binti Hashim. Alasan beliau menggunakan akaun Cimb tunangnya adalah kerana beliau tidak mempunyai akaun bank cimb.. 

Saya tidak membuat pembayaran pada hari tersebut. Saya cuma membuat pembayaran pada keesokkan harinya. Saya hampir terlupa namun Abot menghubungi saya dan bertanyakan samada saya masih berminat untuk membeli atau tidak. Saya kata berminat dan selepas itu juga saya terus menbuka internet dan membuat pembayaran secara online. Abot kata akan terus pos barang tersebut sebaik beliau menerima pembayaran dari saya. Saya memasukkan RM300 ke dalam akaun CIMB milik NURHAZWANI BINTI HASHIM @ KASIM. bernombor 02190005435521. 
Sejam selepas membuat pembayaran saya bertanyakan kepada abot bagaimana progress. Beliau berkata bahawa beliau dah otw ke pejabat pos. Namun itu lah msj terakhir dari beliau pada hari tersebut. Saya tunggu sampai malam , tiada khabar dari beliau sedangkan beliau dah berjanji bahawa sebaik barang di pos beliau akan memberitahu saya dan akan memberikan tracking number untuk barang tersebut. Sehingga pada keesokkan harinya tiada lagi mesej dari abot. Mesej2 saya tidak dibalas oleh beliau. Saya cuba menghubungi beliau tetapi gagal. Hp beliau seakan dimatikan. Saat itu saya sedar bahawa saya sudah ditipu oleh abot atau nama yang diberikannya WAN MUHAMMAD DANIAL BIN AZIZAN no IC 860404-02-5223. saya tidak tahu sama nama dan IC ini wujud atau tidak. Dan sehingga kini sudah lebih seminggu tiada berita dari Abot dan barang juga tidak sampai. Ini bermakna saya memang sudah ditipu oleh Abot, nombor telefon beliau adalah 0134435836..

Menyesal tak sudah.Ini merupakan pengalaman pertama saya ditipu oleh penjual online seperti Abot. Sebelum ini saya pernah membeli di Mudah.my namun semuanya okey. Peristiwa ini menjadi pengajaran buat saya bahawa bukan semua penjual di Mudah.my itu adalah orang yang betul dan jujur. Saya tidak kisah dengan RM300 yang saya berikan kepada beliau tetapi saya sangat geram kerana ditipu sedemikian. Saya memarahi diri sendiri juga kerana cuai dan terlalu mudah percaya dengan orang yang tidak dikenali. Jadi pengajaran untuk anda juga, Jangan mudah percaya pada penjual2 online terutamanya yang tidak dikenali, kecuali barang yang dijual diberikan secara COD atau by Hand. Dan ingat nama ini..jangan berurusan dengan mereka sekiranya anda ternampak iklan mereka di Mudah.my atau di mana sahaja. mereka bukan sahaja menjual lens, kamera dslr tetapi juga barang lain yang saya ingat memang berniat untuk menipu. Untuk Abot, bertaubatlah!! Anda tidak akan bahagia dengan makan duit HARAM!

1. NURHAZWANI BINTI HASHIM @ KASIM. akaun CIMB 02190005435521.
2. WAN MUHAMMAD DANIAL BIN AZIZAN no IC 860404-02-5223 . NO HP 0134435836.

2 comments:

Nurul Lisda binti Ishak said...

u boleh trace nama pemegang akaun cimb dan buat laporan polis sebab pemegang nama itu mesti tahu sape abot sebenarnya...

Apasi Boros Apasi Tinaru said...

Terima kasih ye..Saya sudah pun membuat laporan polis.Saya harap orang sebegini akan di berkas secepat mungkin,,